Thursday, September 21, 2006

Apa Itu Fizik Teori

Ahli Fizik teori menggunakan matematik untuk memerihalkan konsep semesta (alam) dan antara saintis teori ulung pertama yang amat terkenal ialah Sir Isaac Newton. Sumbangan terbesar Newton adalah dengan pengenalan kepada kalkulus (calculus). Suatu subjek yang amat penting dalam matematik. Semasa era Newton, ramai yang telah mengetahui kepelbagaian penggunaan konsep aljabar (algebra) dan geometri. Kedua-dua konsep ini amat berpengaruh dalam penghasilan rekaan-rekaan terutamanya dalam pembinaan (architecture). Namun konsep tersebut hanyalah boleh memerihalkan perkara-perkara ataupun objek-objek yang dalam keadaan pegun atau rehat. Ini adalah kerana aljabar dan geometri adalah sangat berguna dalam menerangkan saiz sesuatu objek. Kedua-dua konsep aljabar dan geometri ini didapati gagal dalam menerangkan objek-objek yang bergerak, berayun ataupun perubahan-perubahan yang dialami oleh objek berkenaan dalam satu-satu masa. Maka, tindakan Newton mengaplikasi kalkulus amatlah berguna. Dan antara contoh-contoh mudah yang boleh dilihat oleh manusia sendiri dengan mata kasar ialah berkenaan pergerakan matahari, bulan, planet-planet dan juga bintang-bintang. Gerakan-gerakan objek ini memang menimbulkan minat kepada ahli astrologi umumnya untuk memahami pergerakan alam semesta.

Newton kemudiannya memperkenalkan kalkulus yang menggabungkan konsep beliau iaitu Hukum Gerakan Newton dan seterusnya menghasilkan model matematik untuk daya graviti yang bukan sahaja memerihalkan gerakan-gerakan planet dan bintang pada malam hari malah konsep beliau mampu menerangkan berat ayunan dan bebola seperti yang dijalankan dalam ujikaji-ujikaji mudah pada hari ini. Semuanya hanyalah menggunakan persamaan-persamaan daripada Gerakan Newton yang diperluaskan lagi. Bermula disini, konsep fizik bagi setiap objek bergerak mampu diterjemahkan dan seterusnya banyaklah eksploitasi sains fizikal daripada penemuan ini.

Kini fizik teori telah diperluaskan bidang kerjanya dalam ruang tentu matematik untuk mencipta matematik baru seperti yang dilakukan oleh Newton dengan kalkulus yang mana beliau meluaskan Hukum Gerakan sedia ada kepada konsep matematik yang lebih luas penciriannya. Dan Hukum Gerakan Newton ini merupakan contoh fizik teori yang paling penting dalam memerihalkan alam semesta dan segala pergerakan di dalamnya dengan berlandaskan perantara matematik. Pencerapan yang dilakukan dengan memahami ‘bahasa’ matematik itu sendiri adalah suatu yang abstrak dan amat berbeza dengan eksperimen yang mana cerapan adalah berbentuk nyata dan menampakan bentuk fizikalnya.

Oleh demikian panggilan fizik teori lebih bermiripkan kepada cerapan secara abstrak seiring dengan penerangan konsep fizikalnya yang berkesan.


Gambar menunjukan konsep aljabar dan geometri yang boleh menentukan saiz...


No comments: